Tuesday 2 August 2016

Surah AlBaqarah (211)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 211:
Ringkasan tafsir;
Allah menyeru kepada Nabi, bertanyalah tanpa berhajat kepada jawapan kepada kaum Yahudi, berapa banyak anugerah nikmat yang telah diberikan kepada kaum Bani Israel semasa zaman kebangkitan Nabi Musa ? tetapi kaum Yahudi telah menyalahi dan membunuh utusah Allah dan mengubah perjanjian dan wasiat Allah.
Barang siapa yang menukarkan dan mengubah peraturan dan nikmat Allah dan tidak mahu beramal dengan kitab Quran setelah datang kepada nya, maka Allah menyediakan baginya seksa yang amat sangat.
.
(Nikmat yang diberi ialah; mukjizat tongkat, tangan bercahaya putih, terbelah laut merah, tenggelam firaun hadapan mata mereka, dikurniakan manna dan salwa, dan lain-lain lagi).
.
Kesimpulan dari ayat 208 hingga 211 seperti berikut;
Hai orang yang beriman dari ahli kitab yang percaya sepenuhnya kepada Taurat, masuklah kesemuanya dalam agama Islam, dan hendaklah tinggalkan perkerti kufur yang sesat itu. Ahli kitab telah didatangi keterangan yang nyata bahawa Muhammad itu terbukti ada dalam kitab Taurat. Maka sesiapa yang mengubah menukarkan nya, nescaya Allah sediakan seksa yang amat sangat pedihnya. 
.

.
[Previous] [Next]

Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat 211~220,
[GS]  https://t.co/g9bZwHKHDa
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan
[G+] https://plus.google.com/116685261870791234643/posts/bj7o2vyo3FX



.