JUZUD 3.
Al-BAQARAH, 253~286 .
AL-IMRAN (Keluarga Imran) 1~91
253. Rasul-Rasul itu kami lebihkan sebahagian
daripada mereka atas sebahagian, sebahagian daripada mereka, ada yang Allah
berkata-kata (kepadanya), dan ia tinggikan darjat sebahagian daripada mereka,
dan kami telah beri beberapa keterangan yang nyata kepada Isa anak Mariam, dan
kami telah kuatkan dia dengan roh al’kudus, dan jika Allah mahu, nescaya tidak
berbunuhan-bunuhan orang-orang yang kemudian daripada (rasul-rasul) itu,
sesudah datang kepada mereka kenyataan yang terang, tetapi mereka (sendiri)
berselisihan, iaitu sebahagian daripada mereka beriman, dan sebahagian daripada
mereka kufur, dan sekiranya Allah mahu,
nescaya mereka tidak berbunuhan-bunuhan, tetapi Allah berbuat apa yang ia
kehendaki.
254. Hai orang-orang yang
beriman ! belanjakan lah sebahagian daripada apa yang kami telah kurniakan
kepada kamu, sebelum datang hari yang tidak ada perdagangan pada nya, dan tidak
ada persahabatan, dan tidak ada safaat, dan kafir-kafir itulah orang-orang yang
zalim.
255. Allah itu, tidak ada
Tuhan (yang sebenar nya) melainkan dia, yang hidup, yang berdiri dengan sendiri
nya, dia tidak dihampiri oleh mengantuk dan tidak (oleh) tidur, kepunyaanlah
apa yang dilangit-langit dan bumi, bukankah tidak ada siapa-siapa yang bisa
memintakan sefaat dihadapan nya
melainkan dengan izin nya ? ia mengetahui apa yang dihadapan mereka dan
apa yang dibelakang mereka, sedang mereka tidak melewati (sedikit pun) daripada
ilmunya, kecuali apa yang di kehendaki olehnya.
Pengetahuan nya meliputi langi-langit dan bumi, dan memilihara dua itu
tidak menjadi berat baginya, dan ialah yang maha tinggi, yang maha besar.
256. Dan tidak ada sebarang
paksaan pada Agama. Telah nyata kebenaran dari kesesatan, oleh itu barang siapa
kufur kepada (apa-apa) yang melewati batas, dan beriman kepada Allah, maka
sesungguhnya telah berpegang ia dengan
tali yang amat teguh, yang tidak ada putusnya, dan Allah itu pendengar,
pengetahui.
257. Allah itu pengurus bagi mereka yang beriman, ia mengeluarkan mereka dari kegelapan-kegelapan
kepada cahaya, dan orang-orang yang kufur itu pengurus mereka (ialah) apa-apa
yang melewati batas, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada
kegelapan-kegelapan, mereka itu ahli neraka, mereka itu akan kekal padanya.
258. Tidak kah kamu fikirkan
(keadaan) orang yang membantah Ibrahim tentang Tuhan nya lantaran Allah beri
kerajaan kepadanya ? tetakala Ibrahim berkata; “Tuhanku itulah yang
menghidupkan dan mematikan”, ia berkata; “aku (juga bisa) menghidupkan dan
(bisa) mematikan”. Kata Ibrahim;
“sesungguhnya Allah mendatangkan matahari dari timur, maka cubalah engkau
datangkan dia dari barat”. Maka
bengonglah (raja) yang kafir itu, dan Allah tidak memimpin kaum yang
zalim.
259. Atau seperti orang yang melalui satu negeri, pada hal iaitu roboh atas bumbungan-bumbungan,
ia berkata; “bagaimana kah kelak Allah hidupkan ini, sesudah matinya?” lantaran
itu Allah matikan dia seratus tahun, kemudian ia bangkitkan dia, (dan) ia bertanya:
“berapakah lamanya engkau diam?” ia jawab ; “saya diam sehari atau sebahagian
dari sehari” ia berkata; “bahkan engkau
telah diam seratus tahun. Lihatlah kepada makanan mu dan minuman mu, tidak
berubah dan lihatlah kepada keldai mu, dan kerana kami hendak jadikan mu satu
tanda bagi manusia, dan lihatlah kepada tulang-tulang itu sebagaimana kamu
bangkitkan dia dan kami pakaikan dia daging”. Maka tetakala ternyata baginya,
berkatalah ia: “aku ketahuilah bahawa se nya Allah itu berkuasa atas tiap-tiap
sesuatu”.
260. Dan tetakala Ibrahim
berkata; “hai Tuhan ku ! unjuk kan lah kepada ku bagaimana engkau menghidupkan
makhluk-makhluk yang telah mati”, Firman nya; “Apakah engkau tidak percaya ? “
ia jawab; “tidak sekali-sekali ! tetapi supaya tetap hatiku”, Firman nya; “kalau bagitu, ambil lah empat
ekor burung dan campak kan lah mereka kepada (diri) mu, kemudian tarohkan
diatas tiap-tiap satu gunung sebahagian daripadanya, kemudian panggil lah
mereka, nescaya mereka akan datang kepada mu dengan segera, dan ketahuilah bahawa Allah itu gagah, bijaksana.
261. Bandingan (pahala)
orang-orang yang membelanjakan hartanya dijalan Allah, (adalah) seperti satu
biji (benih) yang menumbuhkan tujuh tangkai, ditiap-tiap tangkai ada seratus
biji, dan Allah akan mengandakan (pahala)
kepada sesiapa yang ia kehendaki, dan Allah itu lurus (pemberian nya),
amat mengetahui.
262. Orang-orang yang membelanjakan hartanya dijalan Allah, kemudian tidak mereka
iringi apa yang mereka belanjakan itu dengan bangkitan dan tidak (dengan) ganguan.
Mereka akan dapat ganjaran mereka disisi Tuhan mereka, dan tidak ada ketakutan
atas mereka dan mereka tidak akan dukacita.
263. Satu perkataan yang
baik dan satu penutupan (rahsia), ada lebih baik daripada satu sedekah yang di
iringi oleh satu ganguan, dan Allah itu
kaya, penyabar.
264. Hai orang-orang yang
beriman ! janganlah kamu batalkan (pahala) sedekah kamu dengan bangkitan dan
ganguan, sebagaimana orang yang
belanjakan hartanya dengan riak terhadap manusia dan (yang) tidak beriman
kepada Allah dan hari kemudian, maka bandingan nya (adalah) seperti satu batu
licin yang diatasnya ada pasir, lantas ditimpa hujan lebat, yang lalu jadikan
dia licin. Mereka tidak bisa mendapat sesuatu (pahala) dari apa yang mereka telah kerjakan, dan
Allah tidak memimpin kaum yang kafir.
265. Dan bandingan orang-orang
yang membelanjakan hartanya kerana hendak mencari keredaan Allah dan dengan
keyakinan yang tetap dari diri-diri mereka (adalah) seperti satu kebun ditanah
subur, yang ditimpa hujan lebat lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Jika
tidak hujan lebat menimpa dia, maka hujan abu (pun cukup) dan Allah itu melihat
apa yang kamu kerjakan.
266. Sukakah seseorang daripada kamu mempunyai satu kebun dari kurma dan anggur yang
mengalir padanya sungai-sungai, yang disitu ada baginya segala macam
buah-buahan, lalu ia tua, dan ada mempunyai anak cucu yang lemah, lantas kebun
itu kena angin keras yang beserta api, lalu terbakar ? bagitulah Allah
menerangkan bagi kamu petunjuk-petunjuk nya supaya kamu berfikir.
267. Hai orang-orang yang
beriman ! belanjakan lah sebahagian
daripada (hasil) usaha kamu yang baik, dan sebahagian daripada apa yang kami
keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu pilih yang tidak baik buat
kamu dermakan dia, pada hal kamu tidak akan menerima dia melainkan dengan
memejamkan mata padanya, dan ketahuilah bahawa se nya Allah itu kaya, terpuji.
268. Syaitan itu menakuti
kamu dengan kepapaan dan menyuruh kamu berbuat kejelekan, dan Allah itu
menjanji akan memberi kamu keampunan dan kurnia daripadanya, dan Allah itu luas
(pemberian nya), amat mengetahui.
269. Ia memberi kebijaksanaan kepada sesiapa yang ia kehendaki, dan barang siapa
diberi kebijaksanaan maka sesungguhnya (bererti) ia telah diberi kebajikan yang
banyak, dan tidak akan ingat melainkan orang-orang yang berfikiran.
270. Dan apa-apa (belanja)
yang kamu belanjakan dan apa-apa (nazar) yang kamu nazari, maka sesungguhnya
Allah mengetahui akan dia, dan orang-orang
zalim itu tidak (akan) mempunyai
penolong-penolong.
271. Jika kamu nampak kan
sedekah-sedekah, maka iaitu sebaik-baiknya, tetapi jika kamu sembunyikan dia
dan kamu berikan dia kepada orang-orang fakir, maka iaitu terlebih baik bagi
kamu, dan ia akan hapuskan sebahagian daripada
dosa-dosa kamu, dan Allah itu amat mengetahui apa yang kamu buat.
272. Bukan (kewajipan) atas mu memimpin mereka itu, tetapi Allah memimpin sesiapa
yang ia kehendaki, dan apa-apa kemampuan yang kamu belanjakan itu adalah untuk
diri-diri kamu dan tidak boleh kamu belanjakan (sesuatu) melainkan kerana
mencari keredaan Allah dan apa-apa kemampuan yang kamu belanjakan akan
disempurnakan (ganjaran nya) kepada
kamu, dan kamu tidak akan dianyanyai.
273. Bagi orang-orang yang
fakir yang tertentu untuk (berperang) dijalan Allah, yang tidak bisa pergi
(berusaha) dibumi, yang disangka mampu oleh orang yang tidak tahu, lantaran
tidak tamak, yang engkau bisa kenal mereka dengan tanda mereka, yang tidak
minta-minta kepada orang-orang dengan paksa, dan apa-apa kemampuan yang kamu
belanjakan, maka sesungguhnya Allah itu mengetahui akan dia.
274. Orang yang mendermakan
hartanya siang dan malam, dengan rahsia dan dengan terang-terang itu, akan
dapat ganjaran mereka disisi Tuhan mereka, dan tidak ada ketakutan atas mereka
dan tidak akan mereka dukacita.
275. Orang-orang yang
memakan riba itu tidak akan berdiri melainkan sebagaimana pendirian orang yang diharuk syaitan dengan
tamparan nya yang demikian, lantaran mereka berkata; “perdagangan itu tidak
lain melainkan seperti riba”. Dan Allah halal kan perdagangan dan haramkan
riba. Lantaran itu, barang siapa kedatangan nasihat dari Tuhan nya, lalu ia
berhenti, maka bagi nya lah apa yang telah lalu dan urusan nya (terserah)
kepada Allah, tetapi barang siapa
kembali lagi, maka mereka itu (jadi) ahli neraka yang mereka (akan) kekal
didalam nya.
276. Allah hapuskan (berkat)
riba dan ia suburkan (berkat) derma-derma, dan Allah itu tidak suka kepada
tiap-tiap orang yang tak mengenang budi, pendusta.
277. Sesunguhnya orang-orang
yang beriman dan mengerjakan (pekerjaan) yang baik-baik dan menetapi sembahayang
dan mengeluarkan zakat itu, akan dapat ganjaran disisi Tuhan mereka, dan tidak
ada kekuatan atas mereka dan mereka
tidak akan dukacita.
278. Hai orang-orang yang
beriman ! berbakti lah kepada Allah, dan tinggalkan lah sisa dari riba itu,
jika memang kamu orang-orang yang beriman,
279. Tetapi jika kamu tidak berbuat (bagitu), maka terimalah pernyataan satu peperangan dari Allah dan rasul nya, dan
jika kamu bertaubat, maka kamu boleh ambil modal-modal kamu, (jadi), kamu tidak
menganyayai dan tidak (pula) kamu dianyanyai.
280. Dan jika ada yang
kepayahan, maka berilah tempoh hingga (waktu) kelapangan, tetapi bahawa kamu
bersedekah itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
281. Dan hendaklah kamu
takut kepada satu hari yang padanya akan dikemblikan kamu kepada Allah,
kemudian akan disempurnakan (ganjaran) tiap-tiap seorang menurut apa yang ia
telah kerjakan, dan mereka itu tidak akan dianyanya.
282. Hai orang-orang yang beriman ! apabila kamu mengadakan satu perikatan buat
dipenuhi disatu masa yang tertentu, hendaklah kamu tulis akan dia, dan
hendaklah seorang penulis dari antara kamu menulis dengan adil, dan janganlah seorang penulis enggan menulis sebagaimana
Allah ajar akan dia, bahkan hendaklah ia tulis, dan hendaklah orang yang
berkewajiban memenuhi itu merencanakan
dan hendaklah ia takut kepada Allah, Tuhan nya, dan janganlah ia mengurangi
sedikit pun dia (kesangupan) itu, tetapi
jika orang yang kewajipan memenuhi itu
sapeh (gagal) atau lemah, atau tak bisa ia sendiri merencanakan, maka
hendaklah wali nya merencanakan dengan adil dan hendaklah kamu adakan dua saksi
dari antara lelaki-lelaki kamu, tetapi kalau tidak ada dua (saksi) laki-laki,
maka (ada kan lah) seorang laki-laki dan dua orang perempuan dari antara
saksi-saksi yang kamu redai kalau seorang saksi
perempuan keliru, dapat diingatkan oleh seorang lelaki, dan orang-orang
yang panggil buat jadi saksi itu tidak boleh enggan, dan janganlah kamu jemu
menulis dia, mahu pun kecil atau pun besar buat dipenuhi dimasanya, yang demikian itu terlebih adil pada
pandangan Allah, dan terlebih teguh buat persaksian, dan terlalu hampir kepada
tidak kamu ragu-ragu, kecuali perdagangan tunai yang kamu jalankan diantara
kamu, maka tidak pengapa kalau kamu tidak tulis akan dia, dan hendaklah kamu
mengadakan saksi kalau kamu berjual beli, dan tidak boleh diberi kesusahan akan
penulis dan tidak boleh pula akan saksi ! kerana jika kamu berbuat (begitu),
maka iaitu kederhakaan di diri-diri kamu, dan hendaklah kamu berbakti kepada
Allah, kerana Allah mengajar kamu, dan Allah itu mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.
283. Dan jika kamu didalam
pelayaran, dan kamu tak dapat penulis, maka (hendaklah kamu) pegang barang-barang
gadaian, tetapi jika seorang daripada
kamu percaya akan seorang, hendaklah orang yang diserahi amanat itu menunaikan
amanat nya, dan hendaklah ia takut kepada Allah, Tuhan nya, dan janganlah kamu
sembunyikan penyaksian, kerana barang siapa menyembunyikan penyaksian, kerana
barang siapa menyembunyikan nya, maka berdosalah hatinya, dan Allah itu
mengetahui apa yang kamu kerjakan.
284. Kepunyaan Allah lah apa
yang dilangit-langit dan apa yang dibumi, dan jika kamu nyatakan apa yang ada
dihati-hati kamu atau kamu sembunyikan nya. Allah akan memeriksa kamu ditentang
itu.
Lalu ia akan ampun siapa
yang ia kehendaki, dan ia akan menyeksa siapa yang ia kehendaki, dan Allah itu
berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu.
285. Rasul itu percaya
kepada apa yang diturunkan kepadanya
dari Tuhan nya, dan (bagitu juga)mukminun, tiap-tiap seorang daripada
mereka percaya kepada Allah, Melaikat nya, kitab-kitab nya dan Rasul-Rasul nya;
“kami tidak membezakan antara seorang (dengan lain) daripada Rasul-Rasul nya”
dan mereka berkata; “kami dengar dan kami taat, (kami minta) keampunan mu, hai
Tuhan kami ! kerana kepada mu lah tempat kembali”.
286. Allah tidak memberatkan satu jiwa melainkan sekadar bisa terpikul
olehnya, ialah yang akan mendapat (pahala dari) apa yang ia kerjakan, dan ialah
yang akan mendapat (seksa dari) apa yang ia usahakan. “Hai Tuhan kami janganlah
engkau seksa kami jika kami lupa atau kami keliru, hai Tuhan kami ! dan
janganlah engkau pikulkan atas kami seksa sebagaimana engkau pikulkan nya atas
orang-orang yang terdahulu daripada kami, Hai Tuhan Kami ! janganlah engkau
pikulkan atas kami (perintah-perintah) yang tak
kuat kamu mengerjakan nya, dan hapuskan lah (dosa-dosa) daripada kami,
dan lindungi lah kami. Engkau penolong kami, oleh sebab itu, tolong lah kami atas (mengalahkan) kaum yang
kafir”.
{3}
AL-IMRAN (Keluarga Imran):
AL-IMRAN (Keluarga Imran):
Dengan Nama Allah, Pemurah,
Pengasih.
1. Alif, Lam, Mim.
2. Allah itu, tidak ada
Tuhan melainkan dia, yang hidup, yang berdiri dengan sendirinya.
3. Ia turunkan kitab kepada
mu dengan (membawa) kebenaran, pada hal menyetujui nya (isi kitab-kitab) yang
ada dihadapan nya, dan ia turunkan Taurat dan Injil.
4. Lebih dahulu, sebagai
pertunjuk bagi manusia, dan ia turunkan pembeda. Sesungguhnya orang-orang yang
kufur kepada ayat-ayat Allah, adalah bagi mereka azab yang sangat, dan Allah
itu yang maha kuasa, yang mempunyai seksaan yang pedih.
5. Sesungguhnya Allah itu,
tidak tersembunyi atasnya sesuatu apa
pun, (tidak) dibumi dan tidak dilangit.
6. Ialah (Tuhan) yang
merupakan kamu didalam kandungan-kandungan sebagaimana ia kehendaki, tidak ada
Tuhan melainkan dia, yang maha kuasa , yang bijaksana.
7. Ialah yang telah turunkan kitab kepada mu, sebahagian daripada nya adalah ayat-ayat yang menghukum,
iaitu ibu-ibu bagi kitab, dan yang (sebahagian) lain adalah (ayat-ayat) yang
samar. Adapun orang-orang yang
dihati-hati nya ada kesesatan, mencari-cari apa yang samar daripadanya, kerana
hendak membikin fitnah dan kerana hendak mengtakwil akan dia, pada hal tidak
mengetahui takwil melainkan Allah, dan orang-orang yang jijik didalam ilmu
berkata; “kami beriman kepadanya, (kerana) semua itu dari Tuhan kami”. Dan tidak mengerti melainkan orang-orang yang
mempunyai fikiran.
8. “Hai Tuhan kami ! janganlah engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurnia kan lah rahmat daripada mu bagi kami,
kerana sesungguhnya engkau lah yang amat mengurnia”.
9. “Hai Tuhan kami ! sesungguhnya engkau lah pengumpul manusia
dihari yang tidak ada syak pada nya” sesungguhnya Allah itu tidak menyalahi
janji.
10. Sesungguhnya orang-orang
yang kafir itu, harta-harta mereka dan anak-anak mereka, tidak akan dapat
melepaskan mereka daripada (hukuman) Allah sedikit jua pun, dan mereka itu
ialah bakaran neraka.
11. (iaitu) sebagimana hal kaum firaun dan orang-orang yang dahulu daripada mereka itu. Mereka telah
dustakan keterangan-keterangan kami, maka Allah akan seksa mereka dengan sebab
dosa-dosa mereka, dan Allah itu pedih seksaan nya.
12. Katakan lah kepada
orang-orang kafir itu; “kamu akan dikalahkan dan akan dikumpulkan ke jahanam,
dan (iaitu) sejahat-jahat tempat
persediaan.
13. Sesungguhnya adalah satu tanda bagi kamu tentang dua golongan
yang bertemu, (iaitu) segolongan
berperang dijalan Allah, dan yang lain, (golongan) kafir, memandang
golongan (Islam) dengan penglihatan mata biasa, (kelihatan) dua kali banyak
dari (golongan) mereka, kerana Allah menangguhkan dengan pertolongan nya akan
siapa yang ia kehendaki, sesungguhnya ditentang yang demikian itu ada satu
peringatan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.
14. Telah dihiasi (hati-hati)
manusia (dengan) kesukaan kepada barang-barang yang di ingini iaitu
perempuan-perempuan dan anak cucu dan emas dan perak yang berpikul-pikul dan
kuda-kuda (kenaikan) yang bagus-bagus dan binatang-binatang ternak dan sawah ladang,
yang demikian itu perhiasan hidup di dunia, tetapi disisi Allah ada tempat kembali yang baik.
15. Katakan; “mahukah kami khabarkan kepada kamu apa yang lebih baik daripada yang
demikian disisi Tuhan mereka, untuk orang-orang yang berbakti ? (iaitu) Syurga-syurga
yang mengalir padanya sungai-sungai yang mereka akan kekal pada nya, dan
isteri-isteri yang suci, dan keredaan dari Allah”, dan Allah itu amat melihat
akan hamba-hamba nya.
16. (iaitu) orang-orang yang
berkata; ‘hai Tuhan kami ! sesungguhnya kami telah beriman. Lantaran itu,
ampunkan lah dosa-dosa kami dan pelihara kan lah kami daripada seksaan neraka”.
17. (iaitu) orang-orang yang sabar dan yang benar dan yang taat sungguh-sungguh dan
yang membelanjakan (harta) dan yang
meminta ampun diwaktu-waktu malam.
18. Allah telah terangkan
bahawa se nya tidak ada Tuhan melainkan dia yang berdiri dengan keadilan, dan
(disaksikan) oleh melaikat dan ahli-ahli ilmu, bahawa se nya tidak ada Tuhan
melain kan dia, yang amat berkuasa, yang bijaksana.
19. Sesungguhnya agama (yang
sah) disisi Allah ialah Islam, tetapi orang-orang (kafir) yang diberi kitab itu
tidak berselisihan, lantaran ketamakan antara mereka, melainkan sesudah datang
pengetahuan kepada mereka, dan barang siapa tidak percaya kepada
keterangan-keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah itu penghitung yang cepat.
20. Oleh sebab itu, jika
mereka membantah mu, maka katakanlah; “aku telah serahkan diriku kepada Allah,
begitu juga orang-orang yang menurutku”, dan tanyalah orang-orang (kafir) yang
diberi kitab dan orang-orang yang ami (tidak tahu membaca menulis); “sudahkah
kamu masuk Islam ?” jika mereka telah masuk Islam, sesungguhnya terpimpin lah
mereka, dan jika berpaling, maka tidak ada kewajipan atas mu melainkan
menyampaikan (sahaja), dan Allah itu amat melihat akan hamba-hamba nya.
21. Sesungguhnya mereka
yang kufur kepada perintah-perintah Allah, dan membunuh nabi-nabi dengan tidak
sebenar nya, dan membunuh orang-orang yang menyuruh (manusia melakukan)
keadilan, maka berilah ancaman kepada mereka itu dengan seksaan yang pedih.
22. Mereka itu ialah
orang-orang yang gugur amal-amal nya didunia dan di akhirat, dan tidak ada
penolong-penolong bagi mereka.
23. Tidak kah engkau
fikirkan (kejahatan) orang-orang yang diberi sebahagian daripada kitab ? diajak
mereka kepada kitab Allah, supaya (kitab) itu memberi keputusan antara mereka,
kemudian, sebahagian daripada mereka berpaling, pada hal mereka membelakangi
(kebenaran).
24. Yang demikian itu lantaran mereka berkata; “kami tidak akan disentuh oleh api
melainkan beberapa hari sahaja”, kerana mereka telah ditipu didalam (urusan) agama
mereka oleh (khabar) yang (ketua-ketua) mereka adakan sendiri.
25. Bagaimana kah (hal
mereka) apabila kami himpunkan mereka disatu hari yang tidak ada sebarang syak
tentang (datang nya), dan disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, apa yang ia
telah usahakan, sedang mereka tidak teranyanya !.
26. Katakanlah; “Hai Tuhan
yang memiliki (sekelian) kekuasan ! engkau beri kerajaan kepada sesiapa yang
engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan dari sesiapa yang engkau kehendaki
dan engkau muliakan sesiapa yang engkau kehendaki, dan engkau hinakan sesiapa
yang engkau kehendaki ditangan mu lah ada (sekalian) kebaikan kerana
sesungguhnya engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
27. “Engkau memasukkan malam
pada siang, dan engkau memasukkan siang pada malam dan engkau mengeluarkan yang
hidup dari yang mati dan engkau mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan
engkau memberi rezeki kepada siapa yang engkau kehendaki dengan tidak berkira”.
28. Janganlah mukminum
mengambil kafirin sebagai sahabat daripada mukmin, dan barang siapa berbuat
begitu, maka tidaklah ia (mendapat penjagaan) dari Allah disesuatu apa pun,
tetapi hendaklah kamu menjaga (diri) dari mereka (dengan) satu pekerjaan (yang
betul), dan Allah ancam kamu dengan (seksaan dari) dirinya, dan kepada Allah
lah tempat datang kamu.
29. Katakan lah; “Jika kamu
sembunyaikan apa yang ada didada-dada kamu atau kamu nyatakan dia diketahui dia
oleh Allah, dan ia mengetahui apa yang dilangit-langit dan apa yang dibumi, dan
Allah itu berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
30. (Takutlah kepada) hari
yang tiap-tiap seorang akan dapati (ganjaran) amal kebaikan nya sedia
(dihadapan nya), dan apa-apa kejahatan
yang ia telah kerjakan itu, ingin ia kalau diantara (balasan nya) dan antara dia ada satu masa
yang jauh, dan Allah ancam kamu dengan seksaan dari dirinya, dan Allah itu amat
sayang akan hamba-hamba nya.
31. Katalah; “jika kamu
cinta kepada Allah, turutlah akan daku, nescaya Allah akan cinta kepada kamu
dan ia ampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu, kerana Allah itu pengampun,
penyayang.
32. Katakan lah; “hendaklah
kamu taat kepada Allah dan Rasul. Sesudah itu, jika kamu berpaling, maka Allah
tidak cinta kepada orang-orang yang kafir.
33. Sesungguh nya Allah
telah pilih Adam dan Nuh dan keluarga Ibrahim dan keluarga Harun atas sekelian
bangsa.
34. (iaitu) keturunan
sebahagian nya adalah dari sebahagian, dan Allah itu yang mendengar, yang
mengetahui.
35. (ingatlah) tetakala perempuan Imran berkata; “ hai Tuhan ku ! sesungguhnya aku telah
nazarkan (anak) yang dalam perutku (ini) akan memperhambakan diri (kepada mu).
Oleh sebab itu, terimalah daripada ku (Nur ku), kerana sesungguhnya engkau lah
yang mendengar, yang mengetahui”.
36. Maka tetakala ia zahirkan dia, ia berkata; “Hai Tuhan ku ! sesungguhnya aku
zahirkan seorang (anak) perempuan” – pada hal Allah terlebih mengetahui apa
yang ia zahrikan, kerana lelaki-lelaki itu tidak seperti perempuan – “ dan aku namakan dia
Mariam, dan aku lindungkan dia dan keturunan nya kepada mu daripada syaitan yang terkutuk”.
37. Maka Tuhan terima akan dia dengan penerimaan yang baik, dan ia besarkan dia
dengan cara yang baik, dan ia jadikan Zakaria sebagai pemilihara nya. Tiap-tiap
(hari) Zakaria datang berjumpa dia di mihraz,
ia dapati ada makanan disisi nya, maka ia bertanya; “ya Mariam ! dari
manakah engkau dapat ini ?” Mariam menjawab; “ iaitu dari Allah kerana
sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang ia kehendaki dengan tidak
berhisab”.
38. Diwaktu itu Zakaria
berdoa kepada Tuhan nya, ia berkata; “Hai Tuhan ku ! berilah kepada ku dari
pihak mu keturunan yang baik kerana
sesungguhnya engkaulah pendengar doa”.
39. Setelah itu melaikat menyeru dia sedang ia telah sembahayang di mihraz; “sesungguhnya Allah mengerangkan
mu dengan Yahya yang akan beriman kepada kalimah dari Allah dan akan jadi ketua
dan akan terpilihara (dari kejahatan) dan akan jadi seorang nabi dari kaum yang baik”.
40. Ia berkata; “Hai Tuhan
ku ! bagaimana aku akan dapat seorang anak, padahal aku telah tua dan isteriku
mandul ?” Ia berkata; “walau pun bagitu,
Allah berbuat apa yang ia kehendaki”.
41. Dan berkata; “Hai Tuhan
ku ! adakan lah satu tanda bagi ku”,
Firman nya; “tanda mu itu ialah engkau tidak akan bisa omong kepada manusia
selama tiga hari, melainkan dengan isyarat sahaja, dan ingatlah banyak-banyak kepada
Tuhan mu dan berbaktilah petang dan pagi”.
42. Dan (ingatlah) tetakala
melaikat berkata; “hai Mariam ! sesungguhnya Allah telah pilih mu dan telah
sucikan mu dan telah muliakan mu atas perempuan-perempuan sealim (suci)”.
43. “Hai Mariam ! taatlah
kepada Tuhan mu dan sujud dan rukuk lah bersama orang-orang yang rukuk”.
44. Yang demikian itu sebahagian daripada khabaran-khabaran ghaib yang kami wahyukan
dia kepada mu, dan engkau tidak ada dekat mereka, ketika mereka membuang undi
mereka (buat mengetahui) siapakah dari antara mreka akan memilihara Mariam, dan
engkau tidak ada dekat mereka, ketika mereka berbantahan.
45. (ingatlah) tetakala melaikat bekata: “Ya Mariam ! sesungguhnya Allah mengkhabarkan
kepada mu bahawa engkau dapat satu kalimah daripada nya, nama nya Al-Masih Isa
bin Mariam, yang dimuliakan didunia dan diakhirat dan seorang dari mereka yang
dihampiri”.
46. Dan dia akan
berkata-kata kepada manusia dibuayian
dan dimasa tua, dan (ia seorang) daripada solehin”.
47. Ia berkata; “Hai Tuhan
ku ! bagaimana aku akan dapat anak, pada hal aku belum disentuh oleh manusia
?”, ia berkata; “bagitulah Allah menjadikan apa yang ia kehendaki, apabila ia
tentukan sesuatu hanya ia berkata kepada nya “Jadilah” maka sesuatu (yang
dikehendaki) itu terus jadi”.
48. Dan ia akan ajar dia menulis dan hikmat dan Taurat dan Injil.
49. Dan sebagai Rasul kepada
bani Israel (berkata); “sesungguh nya aku bawa kepada kamu satu mukzizat dari
Tuhan kamu’ (iaitu)aku bisa membikin untuk kamu, dari tanah seperti rupa
burung, lalu aku tiup padanya, lantas ia jadi burung dengan izin Allah, dan aku
bisa menyembuhkan orang yang buta dan yang sopak, dan menghidupkan orang-orang
yang mati, dengan izin Allah, dan aku bisa khabarkan kepada kamu apa yang kamu
makan dan apa yang kamu simpan
dirumah-rumah kamu, sesungguh nya didalam yang demikian, ada satu tanda
(kebenaran) bagi kamu, jika kamu beriman”.
50. “Dan (untuk) membenarkan
taurat yang ada dihadapan ku dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian
daripada apa yang telah diharamkan atas kamu, dan aku bawa kepada kamu sesuatu
mukzizat dari Tuhan kamu. Lantaran itu, hendaklah kamu takut kepada Allah, dan
taatlah kepada ku”.
51. “Sesungguhnya Allah itu
Tuhan ku dan Tuhan kamu. Lantaran itu, berbaktilah kepada nya, inilah jalan yang lurus”.
52. Ketika Isa merasa akan
(terbit) kekufuran dari mereka, ia berkata; “siapakah penolong-penolong ku
kejalan Allah ?”, maka sahabat-sahabat nya berkata; “kami penolong-penolong
(agama) Allah, kami telah beriman kepada Allah, dan saksikan lah, bahawa
sesungguh nya kami (ini) orang-orang yang menyerah diri”.
53. “Hai Tuhan kami ! kami
telah beriman kepada apa yang engkau turunkan, dan kami telah turut Rasul itu,
oleh yang demikian, tulislah (nama-nama) kami berserta orang-orang yang
menyaksikan (kebenaran)”.
54. Dan mereka membikin tipu
daya, tetapi Allah (balas) membikin tipu daya, dan sesungguh nya Allah itu
sepandai-pandai (pembalasan) tipu daya.
55. (ingatlah) tetakala Allah berkata; “Hai Isa ! sesungguhnya aku akan ambil mu dan
akan angkat mu kepada ku, dan akan bersihkan mu daripada mereka yang kafir, dan
akan jadikan orang-orang yang mengikut mu diatas mereka yang kafir, hingga hari
kiamat, kemudian, kepada ku lah tempat
kembali kamu, maka nanti aku beri keputusan diantara kamu ditentang apa yang
kamu berselisih kan.
56. Maka ada pun mereka yang
kufur itu aku akan siksa mereka satu siksaan yang keras didunia dan akhirat,
dan tidak akan mereka dapat pembantu-pembantu.
57. Dan ada pun mereka yang beriman serta
beramal soleh, maka ia akan sempurna kan
bagi mereka ganjaran mereka, kerana
Allah itu tidak cinta kepada orang-orang yang menganyanyai.
58. Yang demikian itu,
(yang) kami bacakan dia kepada mu (adalah) sebahagian daripada tanda-tanda dan
(sebahagian daripada) peringatan yang terpilihara.
59. Sesungguh nya
perbandingan Isa di sisi Allah adalah seperti Adam, ia jadikan dia dari tanah
kemudian berkata kepadanya; “Jadilah” lalu jadilah ia.
60. Kebenaran itu dari Tuhan
mu, lantaran itu janganlah engkau jadi seorang daripada orang-orang yang
ragu-ragu.
61. Maka barang siapa membantah
mu ditentang itu, sesudah datang pengetahuan kepada mu, katakan lah (kepada mereka) ; “marilah kita ajak
anak-anak kami dan anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami dan
perempuan-peremuan kamu, dan kaum kami dan kaum kamu, kemudian kita berdoa dan
kita jadikan laknat Allah atas
orang-orang yang dusta”.
62. Sesungguh nya ini lah
kisah yang benar, dan tidak ada Tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Allah
itu ialah yang gagah, yang bijak sana.
63. Lataran itu, jika mereka
berpaling belakang maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
berbuat rusuh.
64. Katakan; “Hai ahli Kitab
! marilah kepada kalimah yang adil antara kami dan kamu, iatu jangan lah kita
menyembah melainkan Allah, dan jangan lah kita menyekutukan sesuatu dengan dia
dan janganlah sebahagian daripada kita jadikan sebahagian sebagai tuhan-tuhan
selain dari Allah”. Jika mereka berpaling belakang, hendaklah kamu berkata;
“saksikan lah bahawa sesungguhnya kami (ini)
orang-orang Islam.
65. Hai ahli kitab !
mengapakah kamu berbantah-bantah ditentang Ibrahim, pada hal tidak diturunkan
Taurat dan Injil melainkan sesudah nya, apakah kamu tidak berfikiran ?”.
66. Ingat ! kamu ini
orang-orang yang pernah berbantahan ditentang urusan yang kamu ada mempunyai
pengetahuan padanya, tetapi mengapakah kamu berbantahan ditentang urusan yang
kamu tidak mempunyai pengetahuan pada nya ? dan Allah itu mengetahui dan kamu
tidak mengetahui.
67. Bukankah Ibrahim itu
seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani, tetapi adalah ia seorang yang jauh daripada
kesesatan, ia seorang Muslim dan bukanlah (pula) ia seorang daripada musrikin.
68. Sesungguhnya manusia
yang paling hampir kepada Ibrahim ialah mereka yang menurut dia dan Nabi ini
dan orang-orang yang beriman, dan Allah itu pemimpin kaum mukmin.
69. Segolongan dari ahli
kitab suka hendak menyesatkan kamu, pada
hal tidak bakal mereka sesatkan melainkan diri-diri mereka sendiri, sedang
mereka tidak sadar.
70. Hai ahli kitab !
mengapakah kamu kufur kepada ayat-ayat Allah, pada hal kamu saksikan ?.
71. Hai ahli kitab !
mengapakah kamu samarkan kebenaran itu dengan kepalsuan dan kamu sembunyikan
kebenaran, pada hal kamu tahu ?
72. Dan segolongan dari ahli
kitab telah berkata; “berimanlah kepada apa-apa yang diturunkan kepada
orang-orang yang beriman itu pada siang hari dan kufurlah kepadanya pada waktu
petang sampai mereka kembali”.
73. “Dan janganlah kamu
percaya melainkan kepada orang yang menurut agama kamu” – katakanlah;
“sesungguhnya pertunjukan (yang sebenar) itu ialah pertunjukan Allah” -- bahawa akan diberi kepada siapa-siapa
sebagai mana pemberian yang diberikan kepada kamu, atau (akan ada
siapa-siapa)mengugat kamu disisi Tuhan kamu”
katakanlah; “sesungguhnya keutamaan itu ditangan Allah ia berikan kepada
siapa-siapa yang ia kehendaki dan Allah itu lurus (pemberian nya) amat
mengetahui”.
74. “Ia menentukan rahmatnya
kepada siapa-siapa yang ia kehendaki, dan Allah itu mempunyai kurnia yang
besar”.
75. Dan sebahagian ahli
kitab ada orang yang kalau engkau
percayai dia satu pikul, ia akan tunaikan dia kepada mu, dan sebahagian
daripada mereka, ada orang yang kalau
engkau percaya dia satu dinar, ia tidak akan tunaikan dia kepada mu, kecuali
kalau tetap engkau menuntut dia, yang demikian itu lantaran mereka berkata;
“tidak ada dosa atas kita tentang (memakan hak) orang-orang bodoh itu”. Dan mereka berdusta atas nama Allah pada hal mereka
tahu.
76. Bahkan ! barang siapa menyempurnakan
janji nya dan berbakti, maka sesungguhnya Allah kasih orang-orang yang
berbakti.
77. Sesungguhnya merek a
yang membeli (mendapat) benda yang sedikit dengan (menggunakan) perjanjian
(atas nama) Allah dan (dengan) sumpah-sumpah mereka itu, ialah orang-orang yang
tidak ada bagi mereka bahagian (baik) di
akhirat, dan Allah tidak akan ampun kepada mereka, dan tidak akan melihat
kepada mereka, pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka, dan adalah
bagi mereka azab yang pedih.
78. Dan sesungguhnya
diantara mereka, ada segolongan yang memutar lidah pada kitab (mereka), supaya
kamu menyangka dia sebahagian daripada kitab (mereka), pada hal bukan ia dari kitab itu, dan mereka berkata,
bahawa ia (adalah) dari sisi Allah, pada
hal bukan dari sisi Allah, dan mereka berdusta atas (nama) Allah, pada
hal mereka tahu.
79. Tidak bisa jadi, seorang
manusia yang Allah beri kepada nya kitab
(agama) dan hukum dan kenabian, kemudian
ia berkata kepada manusia; “jadilah hamba-hamba ku, bukan (hamba-hamba) Allah”,
tetapi (ia berkata); “jadilah orang-orang yang bersandar kepada Tuhan
(semata-mata) dengan sebab kamu mengajarkan kitab (agama) dan dengan sebab kamu
membacanya”.
80. Dan tidak ia menyuruh
kamu mengangap melaikat-melaikat dan nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Apakah
(bisa jadi) ia menyuruh kamu kufur sesudah (jadi) muslimin ?.
81. Dan (ingatlah) tetakala Allah adakan perjanjian (dengan) nabi-nabi; “jika
datang kepada kamu kitab dan hikmat, kemudian datang kepada kamu seorang Rasul
yang membenarkan apa-apa yang ada pada kamu, (hendaklah) kamu percaya sungguh-sungguh
kepada nya, dan menolong sungguh-sungguh akan dia”. Ia bertanya; “sudahkah kamu sanggupi dan kamu terima perjanjian ku atas
yang demikian ? “, mereka jawab; “kami
telah sanggup”. Ia berkata; “saksikan
lah, dan aku bersama kamu adalah dari golongan mereka yang menyaksikan”.
82. Lantaran demikian,
barang siapa berpaling balakang sesudah itu, maka mereka orang-orang yang
pasik.
83. Apakah yang selain dari agama Allah mereka mahukan, pada hal apa-apa yang
dilangit-langit dan (di)bumi telah menyerah diri kepadanya dengan suka dan
dengan terpaksa, dan kepada nya lah mereka akan dikembalikan ?.
84. Katakan lah; ”kami telah beriman kepada Allah, dan (kepada) apa yang telah
diturunkan kepada kami, dan (kepada) apa yang telah diturunkan kepada Ibrahim
dan Ismail dan Ishak dan Yakub dan anak cucu (nya), dan (kepada) apa yang telah
diberikan kepada Musa dan Isa dan (kepada) nabi-nabi dari Tuhan mereka, kami
tidak membezakan antara seorang pun dari mereka itu, dan kepadanya lah kami
berserah diri”.
85. Dan barang siapa cari
satu agama lain daripada Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripada
nya sedang ia diakhirat (adalah) seorang daripada mereka yang rugi.
86. Bagaimana kah Allah akan
memberi pertunjukan kepada satu kaum yang kufur sesudah beriman, serta sudah
mengaku bahawa Rasul itu benar, dan telah datang keterangan-keterangan kepada
mereka ? dan Allah tidak akan memberi
pertunjukkan kepada kaum yang zalim.
87. Mereka itu balasan nya
ialah laknat Allah atas mereka dan (laknat) melaikat dan manusia semuanya.
88. Pada hal mereka akan kekal padanya, tidak akan diringankan azab dari mereka,
dan tidak pula mereka diberi tempoh.
89. Kecuali mereka yang
bertaubat sesudah itu, dan membikin kebaikan, maka sesungguhnya Allah itu
pengampun, penyayang.
90. Sesungguh nya mereka
yang kufur sesudah beriman, kemudian bertambah kufur mereka, tidak akan
diterima taubat mereka, dan mereka itu ialah orang-orang yang sesat.
91. Sesungguhnya mereka yang
kufur, lalu mati, pada hal mereka tetap kafir itu, tidak akan diterima dari
seorang dari mereka emas sepenuh bumi,
walau pun ia (hendak) menebus diri dengan itu. Mereka itu akan mendapat azab
yang pedih, dan mereka tidak akan mendapat pembantu-pembantu.
[Previous Juzuk][Next Juzuk][Preious Ulasan][Next Ulasan] [Home] .
Via,
lumayansmartherbs@yahoo.com
lumayansmartherbs@yahoo.com
(Recovery, lumayansmartherbs@yahoo.com)